Bantahan 100 NGO Islam K._Pathmanaban

Keputusan kabinet ini dianggap tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.Tiada perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip mahu ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar mahu kabinet mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.[3] Istilah dalam Perkara 12(4) itu adalah `parent or guardian' bukan `parents or guardian' yang mana ia bermaksud `ibu atau bapa atau penjaga.

Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, seseorang kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkan.